Mutiara Kata..

“Kalau kita tak dapat buktikan kejayaan kita dalam bentuk benda itu belumlah lagi kejayaan namanya.”

10 Peraturan untuk setiap bapa yang ada anak perempuan patut bagitau kat Boyfren anak masing2



Kepada Bf anak aku,



Peraturan 1:


Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.


Peraturan 2:


Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..


Peraturan 3:


Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.


Peraturan 4:


Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5:


Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6:


Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7:


Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.


Peraturan 8:


Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yangmembolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9:


Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10:


Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.



Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Teka-teki bersama hint :)



Teka-teki bersama hint :)



Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan negara yang berbeza.
Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
Merokok sejenis rokok tertentu dan memelihara seekor haiwan tertentu.
Tidak ada satu pun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, menghisap rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.



Pertanyaannya: Siapakah yang memelihara IKAN?

Petunjuk:
Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
Orang Sweden memelihara anjing.
Orang Denmark sedang minum teh.
Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
Penghuni rumah berwarna hijau sedang minum kopi.
Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah senang minum susu.
Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
Orang Norway tinggal dirumah paling pertama.
Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
Orang yang merokok Winfield senang minum bir.
Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway
Orang Jerman merokok Rothmans.
Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.



Albert Einstein menyusun teka-teki ini pada abad lalu. Dia mnyatakan 98% pnduduk dunia x mampu memecahkan teka-teki ini. Adakah anda termasuk yg 2%?



jwb...jgn tk jwb~~sy pn x dpt jwb agi =.="


ak dpt ni dari member ak kt Fb Mmber ak.. so ak nk tlg la die ni..korang tlg sekali ekk...huhuhu




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Pandangan ORANG tentang KAWAN, tp AKU?????......


KAWAN tu bkn mcm main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
KAWAN tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak...
KAWAN tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
KAWAN tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
KAWANtu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
KAWAN tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
KAWAN tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
KAWAN tu bkn mcm CHIPSMORE.. kejap ade kejap takde..
KAWAN tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......
Kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit.....
kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus mengalir.....
kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana .....
kate sedare,
KAWAN tu mcm makanan, kawan makan kawan!!
kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, mengikut saje ape dikata.............
kata kakak, 
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....

kata aku,
KAWAN tu tak kisahlah camner..
walaupun dia mcm FUTSAL,SKATE,RAGBI,PAMPERS,BARANG KEMAS,PELANGI,KERETA,CHIPSMORE,BANK,IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI LEMBU & TAK UBAH MACAM DURIAN.!!!


dia tetap kawan......
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia selamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita

Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.
Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.
Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.
Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.
Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka
mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.
Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?
Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.
Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.
Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.
Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.
Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
wasalam…………………

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Cikgu & Murid2 nya..



Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bukan !
Murid : Ya
Cikgu : Bukan lah
Murid : Ya lah
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Taknak dengar!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

Cerita ni ak amik dari FB Lu sapa wa mau goyang..pehh..mmg terbaikk..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Kerenah Anak Terhadap Ibunya....:-)



Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:






1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.



1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA






Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

renung2kan kembali sahabat2 ku semua...:-)



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Teka gambar..*1


Sape bleh teka ni gambar pe???
hehehe..

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita



*Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
*Wanita
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan..
Aku amik ni dari Berita harian..So..Layan laa..hehe

TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Wanita Umpama Buah Epal...

Wanita umpama buah epal....


Epal yg tidak berkualiti atau pun epal yg rosak memang mudah di p'olehi..
kerana ia berguguran di tanah..
Tetapi sebalik nye epal yg baik, yg berkualiti berada di puncak..
 Ia sukar d'petik,mahu pun d'capai..
Tetapi, ada masanye epal itu risau, mengapa diri nya belum dipetik???
Lantas ia merendahkan diri nya agar diri nya mudah di capai atau @ ia menggugurkan
diri nya menyembah bumi degan harapan ada yg akan mengambil nya..
Sedang kan ia tidak sedar bahawasanye allah telah menjadikan
diri nya begitu tinggi martabatnye..
sehingga nya tiada yg dapat mencapai nya...
sehinga ada muncul seorang lelaki betul2 hebat sahaja yg mampu mencapai
dan memetik diri nya...
Tetapi mungkin semua tu bukan di dunia yg sementara ini...
Mungkin di dunia yg kekal sana (akhirat)..
Pe2 pon Jodoh, Pertemuan, Ajal Maut semua ini ketentuan Nya..
Allah Maha Esa...
Renung2 kan lah.....


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Majlis Berbuka Puasa Bersama Azri Af9...

13/8/2011..
First time dalam idup ak dekat ngan artis..hahaha...plik je bunyi kan..hehehe..
tp tu la hakikat nye..ak ni kurang ckit dengan dunia hiburan ni..ak kurang bkan x minat tp sentiasa bz ngan kerja & 8tvt ngan mmber2...tp di sebab kan maksdara ak yg minat sangat ngan artis ni ,ak pon terlibat
same..huhu..


Ni la Azri AF9..


Dari mula lg maksdara ak ni dh follow pekembangan azri ni dari mule2 azri masuk AF9 lg sampai la sekarang...actually ak pon x tau dari mane maksadara ak ni dapt tau pasal majlis ni..huhu..ni la kalo dh minat sangat..sume benda tau..huhu....
diatas keminatan maksdara ak yg terlampau ni...(ayat pe la yg ak gune ni.)kihkihih
Ni la maksdara ak
 yg ak maksudkan td..
die sanggup support ak..haha..so pe lg ak pon on je laa..org dh suppot kan xkan x g kot..pe kata maksadara ak nnti, walau pon mlm tu gak mmber2 ak ajak bbuka same2..huhu
sory la korang x dapt join..huhu...

So dpt la ak pengelaman berbuka ngan orang yg bergelar artis....hahahaha..
first time kot..kalo x kerana maksdara ak..jgn harap la ak nk kenal sape Azri ni haa..huhu..
so pe2 pon thanks maksdara ku yg t'syg cz bg ak pengalaman baru..huhu..
..

ni sesi bgambar plk..kihkihkih..




TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Kejadian Pertama Di Tempat Practical..


Mule2 masuk Practical...
Supervisor: Jai..lu pasang ni Ac3-T ni kt cni..wa mau test pas ni..(sambil pandang ak)..
AKU: "Jai"???Sape "Jai"???
Bro: Zamani laa boss..bkan Jai laa...
Supervisor: Haa.."za..ni''..
Bro: Za..ma..ni!!!..
Supervisor: Haiaaa..banyak susah u nya nama..wa panggil u Jai laa...Senang..dh2 g pasng Ac3-T tu, pas tu u g amik inveter kt stor...
AKU: ah sudah..ble plk mak ak tukar name ak ni..huhu.


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Kejadian Kedua Di Tempat Prctical...


Semalam ak rosakkan 2 bijik VSD....huhu
ni kjadian ari ni..huhu
BOss :"lu punya gaji selamat..but..u kene ganti ngan siap kan 18 bijik COMPACT-R PANEL sblom 15/8/2011..kalo x, x da bonus raya.."
Aku : 18 BIJIK?????!!!!!! I sorang je ke boss???????
BOss : Ya laaa...u sorg yg Jahanm kan Bnda alah tu smlm..
Aku : Errr... Asal x bagi sume panel dlm office ni i yg wt?(Geramnye pasal..huhu).
Boss :Haa..bagus gak tu..lu + lg 2 biji COMPACT-E PANEL ok..
Aku : Adoiii..Tkene ak..(Mintk Sangt Td..kan Mendapat)..huhu..
Truk Ak kene ngan Boss ari ni...huhuhu
Tlgggg..huhu



TERIMA KASIH KERANA MEMBACA :]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
100 peratus Hak milik KEKAL : saiful zamani exia :']